EJAKULASI PRAMATANG (CEPAT PANCUT)
Hari ini saya akan mengetengahkan satu lagi isu yang menjadi igauan buruk setiap pasangan berumah tangga. Istilah cepat klimaks atau 'ejakulasi pramatang' yang digunakan menggambarkan ketidakupayaan lelaki mengawal ejakulasi sebelum dia dan pasangannya puas dalam hubungan intim seksual.
Terdapat sebilangan lelaki yang dapat mengekalkan ereksi walaupun mereka tidak dapat mengawal ejakulasi dan terdapat juga sebilangan lelaki yang mengalami perkara sebaliknya, iaitu tidak dapat mengekalkan ereksi dan gagal untuk mencapai ejakulasi.
Justeru, fenomena ereksi, iaitu kekerasan alat kemaluan hasil kemasukan darah yang banyak ke dalam otot kemaluan akibat rangsangan seksual dan ejakulasi, iaitu pencapaian kemuncak rangsangan seksual dengan diiringi pancutan air mani, adalah dua fenomena berasingan.
Mungkin ini yang membuatkan lelaki memikirkan ereksi dan ejakulasi adalah fenomena sama. Jadi, anda tidak dapat mengawal ejakulasi dan juga tidak dapat mengekalkan ereksi.
Apabila seseorang lelaki mencapai ereksi hasil tindak balas perasaan teruja seksual, tahap kekuatan dan kekerasan ereksi dapat ditingkatkan dengan kemutan. Jika otot kemut lemah, daya ereksi pun lemah dan tidak bertahan.
Jika mempunyai daya dan kekuatan otot kemut hebat, maka lelaki dapat mengawal daya dan kekuatan ereksi ke tahap mantap dan dapat mengawal pergerakan dayungan serta boleh memilih masa kemuncak dan ejakulasi.
Kawalan ejakulasi pula memerlukan tumpuan minda kepada rangsangan yang tidak akan mencetuskan kemuncak. Memandangkan penghujung alat kemaluan amat sensitif, sudah tentu rangsangan kepada bahagian itu akan mempercepatkan klimaks dan ejakulasi.
Justeru, jika melebihkan geselan pangkal alat kemaluan suami yang tidak sensitif itu ke langit kemaluan isteri dengan dayungan yang terkawal, maka seseorang itu akan dapat mengawal klimaks. Teknik ini dikenali sebagai 'Coital Alignment Technique' dan anda boleh dapatkan maklumat mengenai teknik ini di dalam Internet.
Anda perlu terus mengamalkan gaya hidup sihat dan tambahkan senaman untuk mengukuhkan otot lantai pelvis atau otot kemut melalui senaman kemut. Jika masih gagal, anda perlu berjumpa doktor yang dapat membantu anda.

0 comments:
Post a Comment