Monday, 10 November 2014

PETUA MENJAGA ZAKAR DAN KASIH SUAMI



1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian dan wangian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah, dan tunjuk sedikit kecantikan tubuh anda dengan sempurna.. Selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama penjagaan zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja. Sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami dengan wangian-wangian yang menggoda. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihatoleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda kenekan wangian dan pakaian yang seksi untuk memperlihatkan tubuh seksi anda pada suami. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda 
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjau hhati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda didepan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda, bila di bilik urut-urut pula zakar suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badan dan zakarnya.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda,bukalah segala pakaian anda agar tubuh anda yang seksi dapat di persembah pada suami anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku”.
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suamianda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja.Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama”anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteriyang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut hubungan seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda. Jagalah faraj anda juga agar suami sentiasa merasa seperti malam pertama.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus dan gunalah wangian memikat suami.Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda,janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Jika suami anda terlalu awal mencapai tahap klimaks ketika anda bersama, janganlah marah atau membenci suami anda. Cuba dapatkan nasihat atau produk kesihatan untuk suami bertahan lebih lama. Ini kan membuatkan suami terasa lebih di hargai.
17. Adakalanya suami akan mengeluarkan peluh dan bau yang kurang menyenangkan anda dan menyebabkan anda hilang kenikmatan untuk perhubungan seks. Cubalah untuk dapatkan wangian lelaki dan wangian wanita yang sesuai untuk perhubungan suami isteri agar perhubungan seks anda penuh dengan kenikmatan dan wangian yang mengasyikkan.
18. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya,melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
19. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalahanak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.




0 comments:

Post a Comment