Senaman Kegel atau Kemut baik untuk kesihatan Seks Lelaki & Wanita
Senaman kegel atau kemut diyakini boleh membantu dalam mengawal aliran air kencing disamping meningkatkan prestasi seksual bagi lelaki. Mungkin sebelum ini ramai beranggapan senaman kegel ini lebih popular di kalangan wanita sahaja kerana ia bertujuan untuk mengetatkan faraj selepas melahirkan anak.
Amalan senaman kegel akan menguatkan otot lantai pelvic (PC) yang menyokong pundi kencing dan usus dan memberi kesan kepada fungsi seksual lelaki. Beberapa kajian menunjukkan bahawa senaman kegel mungkin memberi faedah kepada lelaki seperti membuatkan ereksi lebih keras mantap, mengelakkan ejakulasi pra matang/cepat pancut, mampu bertahan lebih lama, sistem prostat yang sihat dan membesarkan zakar secara tidak langsung. Walaubagaimanapun kajian lanjut perlu dilakukan.
Senaman kegel boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada semasa berehat atau sedang memandu kereta atau dimana-mana. Sebelum melakukan senaman ini, adalah lebih baik untuk mengetahui di mana letaknya otot PC dan memahami teknik senaman yang betul.
Macam mana hendak lakukan senaman kegel?
Senaman kegel mudah dilakukan apabila otot PC telah dikenal pasti. Cara yang paling mudah untuk mengenal pasti kedudukan otot PC adalah semasa membuang air kecil.
- Semasa membuang air kecil, cuba hentikan atau perlahankan aliran air kencing.
- lakukan dengan relaks. Tidak perlu tegangkan otot di punggung, kaki, atau perut, dan bernafas dengan biasa.
- Jika anda rasa satu otot sedang menegang, itulah otot PC
Cara melakukan senaman kegel
- Tegangkan otot PC (no3 di atas) secara perlahan dalam kiraan 5
- Lepaskan (release) otot PC secara perlahan dalam kiraan 5
- Ulang sebanyak 10 kali untuk satu sesi
- Lakukan tiga sesi sehari dan jadikan sebagai rutin harian.
Bila boleh melihat kesan?
Jangkamasa untuk mendapat kesan adalah berbeza mengikut individu. Kawalan kencing yang lebih baik akan mengambil masa tiga hingga enam minggu. Mungkin lebih singkat bagi sesetengah individu. Sekiranya tiada perubahan dalam masa sebulan, mungkin anda telah tersalah otot semasa membuat senaman. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan tips untuk mengenalpasti otot PC dengan cara yang lebih mudah.
Tips membesarkan zakar klik http://www.malaysiakingherbs.com/2014/11/vimax-asli-canada.html
0 comments:
Post a Comment